Blogger Layouts
Rehatlah dulu kawan2,jom sembang2 tentang anak2 khas kita

Friday 15 June 2012

MemOry PIPK CoMey bersama Pensyarah IPGKPM

with Encik Hasbullah Bin Salam...CHanGe..

 With Ustazah Fatimah MaaRof

With ENcik Teo Yg Sporting

With Madam Ngau




MemOry ITU

24 januari 2011 saya mendaftarkan diri sebagai guru pelatih KPLI jQAF Pend. Khas di IPGK Perempuan Melayu Melaka..di situ bermula detik2 mengenali rakan2 baru,pensyarah n suasana baru...bermacam2 kenangan terbina di situ...semasa mendaftar saya melihat nama saya di dalam unit 1 untuk kumpulan jqaf PIPK. Encik Khairul Anuar Ismail sebagai Mentor kelas kami..beliau seorang yang baik,caring n bersabar dgn karenah kami..kursus perguruan selama setahun setengah di IPGKPM memberi banyak manfaat kepada saya n kawan2..setiap kali cuti sekolah kami akan pulang ke IPGKPM untuk menimba ilmu untuk seorang pendidik..Terima kasih Warga pensyarah IPGKPM.jasa kalian akan kami kenang sampai bila2..
Pejam celik pejam celik genap setahun setengah kami di IPGKPM..macam2 kenangan,cabaran diharungi bersama..saya sangat merindui kawan2 sekelas PIPK Comey n Pensyarah IPGKPM...LUV u ALL...

Tuesday 29 May 2012

MINGGU PENDIDIKAN KHAS


Ciri-Ciri Cacat Akal Ringan


IDIOT
-       - Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
 
IMBERSIL
-       - Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih

MORON
-         - Perlukan jagaan , kawalan dan tinjuk ajar khas
-       - Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa
-       - Lambat berjalan dan lambat bercakap

LEMBAB
-       -  Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa

Ciri-ciri Sindrom Down

  • Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
  • Mata sentiasa berair dan merah.
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
  • Bentuk muka yang kecil.
  • Bahagian kepala leper.
  • Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
  • Majoriti berambut lurus dan lembut.
  • Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
  • Berbadan gembal dan rendak.
  • Badan yang agak bongkok.
  • Suka bermanja, bermain dan gembira.
  • Dapat bergaul dengan baik.
  • IQ di antara 30 hingga 80.
  • Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Ciri-ciri autisme


*
Tidak menghiraukan orang lain
* Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
* Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
* Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
* Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
* Lebih suka bermain sendiri
* Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
* Lambat bercakap
* Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
* Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
* Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
* Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
* Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
* Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
* Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan
* Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
* Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
* Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
* Tidak boleh duduk diam
* Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
* Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif
* Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk