Blogger Layouts
Rehatlah dulu kawan2,jom sembang2 tentang anak2 khas kita

Tuesday 29 May 2012

MINGGU PENDIDIKAN KHAS


Ciri-Ciri Cacat Akal Ringan


IDIOT
-       - Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
 
IMBERSIL
-       - Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih

MORON
-         - Perlukan jagaan , kawalan dan tinjuk ajar khas
-       - Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa
-       - Lambat berjalan dan lambat bercakap

LEMBAB
-       -  Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa

Ciri-ciri Sindrom Down

  • Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
  • Mata sentiasa berair dan merah.
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
  • Bentuk muka yang kecil.
  • Bahagian kepala leper.
  • Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
  • Majoriti berambut lurus dan lembut.
  • Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
  • Berbadan gembal dan rendak.
  • Badan yang agak bongkok.
  • Suka bermanja, bermain dan gembira.
  • Dapat bergaul dengan baik.
  • IQ di antara 30 hingga 80.
  • Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Ciri-ciri autisme


*
Tidak menghiraukan orang lain
* Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
* Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
* Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
* Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
* Lebih suka bermain sendiri
* Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
* Lambat bercakap
* Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
* Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
* Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
* Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
* Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
* Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
* Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan
* Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
* Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
* Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
* Tidak boleh duduk diam
* Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
* Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif
* Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk